Thursday, May 9, 2019

08.05.2019 : LAWATAN SIP+ DAN SISC+ UNTUK TS25 DAN PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN

08.05.2019 : Sekolah Kebangsaan Malim Nawar berasa amat bertuah dengan lawatan kerja dan bimbingan Rakan Elit daripada SIP+ dan SISC+ dari Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Tuan Haji Hassan Azhari B. Yunus dan En. Mohd Idris B. Sulaiman. Kehadiran mereka telah membantu pentadbir sekolah dalam memahami selok belok pentadbiran dengan lebih lancar. Mereka juga berkesempatan melihat sendiri program bulan ramadhan yang dilaksanakan.

Sepanjang bulan ramadhan ini Sekolah Kebangsaan Malim Nawar akan menjalankan aktiviti mendidik jiwa dan rohani anak didik kami supaya menjadi insan yang kamil dan berguna untuk masyarakat.

Antara aktivitinya ialah :

1. Tadarus Al-Quran (1 kumpulan 1 guru dan sekumpulan murid) setiap pagi jam 7.30pagi hingga 8.00pagi.

2. Radio Mahabbah (disampaikan oleh Penyampai Cilik Tahun 5 & 6) setiap waktu rehat dan waktu senggang.

3. Kuiz Ramadhan : melalui Radio Mahabbah.

Semoga dengan usaha ini akan memberikan keberkatan dan kerahmatan kepada seluruh warga Malim Nawar.

In Sya Allah..










No comments:

Post a Comment