23 MEI 2019 : Majlis Iftar Perdana SK Malim Nawar akan diadakan pada tarikh berikut. Semua guru, ibubapa dan murid dijemput hadir ke majlis tersebut. Majlis tersebut adalah anjuran bersama dengan PIBG SK Malim Nawar.
TENTATIF PROGRAM :
6.30 petang : Pendaftaran
6.35 petang : Bacaan Yassin dan Tahlil
7.25 malam : Berbuka Puasa
7.30 malam : Solat Maghrib
7.40 malam : Jamuan dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri
8.40 malam : Solat Isya'
Sebarang sumbangan daripada ibubapa dan sumbangan individu amat dialu-alukan kepada murid-murid Yatim, Yatim Piatu dan Miskin. Sila hubungi Guru Kelas anak masing-masing atau YDP PIBG En. Mohd Nazri Bin Abdul Razak (En.Leman) di talian 017-5839289 atau Ustazah Siti Noratikah SU PIBG di talian 05-4775506 untuk maklumat lanjut.