Pada 1 dan 2 Oktober 2019, diadakan Hari Usahawan Cilik dimana semua murid Tahun 6 dengan berbelanjakan wang modal yang diberi mereka perlu menjanakan sebuah perniagaan makanan untuk mendapatakan keuntungan yang mana ia akan dimasukkan ke tabung Tahun 6/2020 untuk kegunaan pembelian bahan UPSR tahun hadapan.
Pembelajaran keusahawanan secara teori dan praktikal diamalkan sejak beberapa tahun lalu lagi.
Alhamdulillah.. Ia sentiasa mendapat sambutan ibubapa yang sentiasa sudi hadir menyokong program-program sekolah.
Diminta semua penduduk Malim Nawar dapat berkunjung ke SK Malim Nawar pada kedua-dua hari..
Monday, September 30, 2019
Tuesday, September 24, 2019
JEREBU : KESIAPSIAGAAN WARGA SK MALIM NAWAR
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jerebu di Kuala Lumpur.
Jerebu [jĕ-rĕ-bu] (juga dalam baku Indonesia: kabut asap) ialah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit.[1] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah-zarah kecil sebegini terkumpuldi paras rendah atmosfera yang kering sehingga mencapai ketepuan tertentu yang boleh mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan; zarah-zrah ini bolehg tersebar melalui banyak tindakan manusia termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), kebakaran terbuka baik secara sengaja atau tidak pada hutan dan gambut serta juga asap dilepaskan kegiatan perindustrian dan kenderaan.
Fenomena ini akan kelihatan dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) keperangan atau kebiruan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari berbanding dngan kabus lepasan udara lembap yang cenderung kelihatan biru-kelabuan. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu sebegini dikenali sebagai "jerebu basah."
Istilah "jerebu" dalam konteks meteorologi umumnya merujuk kepada aerosol jenis basah yang tersebar hasil tindak balas kimia kompleks yang berlaku - seperti pelepasan gas sulfur dioksida dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik - lalu mengurangkan penglihatan. Tindak balas ini dikuatkan lagi dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara. Satu komponen halus aerosol jerebu basah kelihatannya datangnya dari bahan yang dikeluarkan oleh pokok, seperti terpena. Kesemua faktor ini boleh menyimpulkan kecenderungan jerebu basah berlaku di kawasan geografi yang mengalami musim panas lembab di mana keadaan yang terzahir . Kawasan luas yang diselitupi jerebu yang meliputi beribu-ribu kilometer mampu terhasil dalam keadaan yang sesuai pada setiap musim panas.
Pihak sekolah SK Malim Nawar telahpun bersedia dan membekalkan topeng muka untuk semua murid dan guru-guru di setiap kelas (Prasekolah hingga Tahun 6). Terima kasih atas sumbangan pihak swasta dan ibubapa yang sudi menyumbang topeng muka untuk kegunaan semua warga SK Malim Nawar.
Monday, September 23, 2019
MODEL PDCA DALAM PENDIDIKAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH
PDCA (Plan, Do, Check, Act) merupakan satu metodologi yang digunakan oleh syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi sebagai satu sistem peningkatan berterusan.
Ia juga dikenali sebagai Kitaran “Deming (diambil sempena nama W. E. Deming) di mana metodologi ini cuba menjelaskan kepada anda 4 fasa penting iaitu Plan, Do, Check, Act yang perlu dilakukan secara sistematik demi memastikan peningkatan berteusan dapat dicapai sepenuhnya.
Artikel kali ini, akan menerangkan secara ringkas fasa-fasa PDCA, bagaimana PDCA dapat digunakan dengan betul kerana PDCA merupakan prinsip yang paling penting untuk peningkatan kualiti yang berterusan.
Fasa-fasa PDCA ini yang akan menunjukkan kepada anda jalan untuk meningkatkan kualiti sesuatu proses atau produk (contoh: memudah menyelesaikan masalah, mengurangkan kecacatan produk, kecekapan dapat ditingkatkan & mengurangkan risiko).
Kitaran PDCA tidak akan tamat setelah anda sempurnakan keempat-empat fasa tersebut malah anda perlu mengulanginya semula dari fasa pertama.
Jika PDCA ini digunakan di dalam syarikat/organisasi anda, anda dapat menilai dan memantau aktiviti syarikat/organisasi dari masa ke semasa dan akan dapat melihat ‘elemen-elemen’ penambahbaikan & peningkatan dimasukkan ke dalam syarikat/organisasi anda.
Bagaimana PDCA ini digunakan di dalam syarikat/organisasi anda?
1) Plan (Rancang)
- Cuba anda kesan apa aktiviti yang perlu dibaiki dan ditambahbaik
- Kemudian, tetapkan objektif dan anda cuba fikirkan bagaimana ia dapat dicapai
- Bentuk satu pasukan kerja untuk memeriksa dan mencari sebarang kemungkinan/potensi bagi penambahbaikan kepada proses/produk syarikat/organisasi anda
2) Do (Buat)
- Sebarang perubahan yang diperlukan hendaklah anda lakukan demi kelangsungan penambahbaikan sesuatu proses atau produk tersebut
- Mulakan dengan ‘pilot project’ sebagai ujian prestasi sebelum anda melakukan perubahan secara besar-besaran
3) Check (Semak)
- Setelah anda melaksanakan perubahan tersebut, anda perlu wujudkan satu tempoh percubaan untuk memerhatikan prestasi/hasil ujian tersebut serta perkembangannya
- Seandainya di peringkat awal, penambahbaikan tersebut tidak dapat dicapai, anda perlu ubah semula proses tersebut agar objektif dapat dicapai
4) Act (Bertindak)
- Pada fasa terakhir ini, setelah tempoh percubaan bagi penambahbaikan itu tamat, anda perlu mengkaji serta meneliti hasil daripada percubaan tersebut dan anda perlu bandingkan prestasi/aktiviti sebelum dan selepas penambahbaikan
- Jika hasilnya memberangsangkan, maka anda perlu kekalkan penggunaan kaedah tersebut
- Jika berlaku sebaliknya, anda perlu melakukan lebih banyak lagi perubahan untuk penambahbaikan atau anda boleh mula menyemak semula proses dari mula
Sentiasa lakukan Kitaran PDCA ini setiap masa kerana ia merupakan proses pengulangan yang tiada hentinya. Ini kerana anda perlu kembali semula ke fasa pertama agar dapat menemui dan melakukan lebih banyak penambahbaikan berterusan.
STANDARD 4 : SKPMG2
Standard 4 SKMg2
Peranan Guru dalam PdPc
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
6 Aspek kritikal yang perlu dicapai dalam Standard 4 SKPMg2:
ASPEK 4.1: Guru Sebagai Perancang
Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
ASPEK 4.2: Guru Sebagai Pengawal
Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan PdPc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan.
ASPEK 4.3 Guru Sebagai Pembimbing
Guru bertindak sebagai pembimbing untuk membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran.
ASPEK 4.4 Guru Sebagai Pendorong
Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran.
ASPEK 4.5: Guru Sebagai Penilai
Guru berperanan sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid.
Guru berperanan sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid.
ASPEK 4.6: Murid Sebagai Pembelajar Aktif
Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai positif.
Ringkasnya 5 peranan guru + 1 peranan murid
Subscribe to:
Posts (Atom)