Tuesday, April 23, 2019

04.04.2019 : DIALOG PRESTASI BILANGAN 2/{2019 DAN LDP COACHING DAN MENTORING TS25

KHAMIS 4 April 2019 : Dialog Prestasi Sekolah Kebangsaan Malim Nawar Bil. 2/2019 telah diadakan untuk membincangkan, melaporkan dapatan hasil penilaian kualiti dan memutuskan intervensi kepada semua masalah dan isu yang timbul berkaitan pengurusan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan HEM dan pengurusan Ko-kurikulum bagi sekolah ini.



Dialog Prestasi ini telah dihadiri oleh semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Malim Nawar yang mana sama-sama mengembelengkan tenaga dan minda untuk membangunkan sekolah dari pelbagai sudut pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan ko-kurikulum.







Ia telah diterajui oleh Guru Besar En. Mohd Ridzuan Bin Mohd Adnan selaku pengerusi dialog prestasi. Pada hari berkenaan juga telah dilaksanakan satu sesi LADAP yang bertajuk "Coaching dan Mentoring" yang mana mendedahkan pelbagai input pengetahuan, teknik (approach) dalam coaching dan mentoring, teori dan praktikal coaching dan mentoring.